Sunday, June 06, 2010

Penghayatan - Satu realism utk para ahli seni: Bab 6


seni
Originally uploaded by Mustakimsm
Seni sifatnya universal, holistic, menyeluruh dan merangkumi setiap unsur kehidupan. Begitulah dgn Islam, sifatnya juga syumul dan lengkap. Dan adalah mustahil bila dua perkara yg berkongsi unsur yg sama tidak bertemu, overlap malah saling melengkapi, seperti apa yg dinamakan jodoh - stp makhluk pasti dijodohkan dgn pasangan yg selayak dan sepadan dgnnya, yg pasti mereka berdua berkongsi unsur yg sama walau dlm bentuk yg berbeza. Begitulah dgn Islam dan seni, mereka adalah jodoh pasangan yg saling melengkapi, seperti yg aku huraikan dlm bab 5 sebelum ini, tapi malangnya org seakan melihat seni sebagai sesuatu yg merosakkan lalu menghadkan batas-batas seni, lantas melimitkan penghayatan Islam terhadap hakikat sesuatu perkara yg boleh dihayati melalui seni, sekaligus menidakkan kesyumulan Islam itu sendiri....

Pertama sekali, perlu difahamkan, seni itu hadir di mana2, bukan hanya melalui muzik, filem, theatre, tarian dan lukisan. Seni adalah madah ekspresi, luahan perasaan yg dalam melalui simbolik yg tertentu, ekspresi manusia dan alam, seni adalah penghubung dua unsur yg harmoni, permainan jiwa dan perasaan yg kadang kala boleh membuat org lupa diri dan tidak endah akan persekitarannya, seperti halnya manusia yg tenggelam larut dlm vibe disco, begitulah juga dgn sami buddha yg tenggelam dlm nikmat meditasi berseni menghayati dan berharmoni dgn alam. Lalu timbul kesedaran, bahwa seni perlu diseimbangkan dgn prinsip2 yg lain, iaitu etika, tanggung jawab (terhadap diri sendiri dan org lain) dan modesty, utk menjadikannya satu madah berharmoni dgn alam dan bukan utk larut hanyut menentang fitrah dan mendatangkan kerosakkan...

Lalu amat malang bila ada org yg melihat dan menafsir Islam sebagai agama yg sgt sempit, membataskan medium ekspresi dan madah seni, lantas membunuh kreativiti dan karya2 yg luas maknanya, lalu menyempitkan seni yg halal hanya kpd unsur2 atau tema yg dianggap Islamik. Masalah ketandusan kreativiti umat Islam amatlah ketara pada zaman ini, dan antara puncanya adalah bila org melabelkan seni sbg sinonim dgn hiburan. Seni boleh jadi hiburan, dan hiburan tidak semestinya adalah seni. Kerana prejudis dan dogma yg dilabel pada seni ini, kita mudah saja mengharamkan terus sesuatu madah seni itu tanpa melihat dan menilai prinsip utk menyokong pengharaman itu. Mungkin juga kerana sgt takut pd ustaz yg mengharamkan sesuatu perkara itu, kita menjadi bisu, malas dan mandul akal utk berfikir, bertanya, dan menyelidik apakah kebenaran yg dicanang oleh mereka ini benar, atau terhad pada ilmu dan tafsiran mereka semata-mata?

Contohnya, ada yg mengatakan bahwa gitar itu haram, atau bagi mereka yg malas berfikir dan tiada pendirian, mengatakannya sebagai syubhah. Tiada yg syubhah dlm agama, yg halal itu jelas, yg haram itu juga jelas, syubhah dan keraguan adalah hanya pada mereka yg tiada prinsip, malas berfikir dan menyelidik lalu mengambil jalan mudah utk menghukum. Gitar yg haram, lepas tu jadi syubhah, lepas jadi harus dan halal, adalah satu contoh yg mana sesuatu madah seni itu boleh berubah2 hukumnya, hanya dgn lebih mendalami dan melihat keilmuan Islam itu dari sudut yg lebih luas. Yang penting dalam berseni, adalah balance, keseimbangan, dan didukung dgn prinsip yg disebut td iaitu ethics, responsiblity and modesty.

Contohnya seni yg islamik bukan hanya terletak pada nasyid dan lagu2 yg bertemakan 'Islam', yg diselit-selitkan perkataan arab. Apakah luahan rasa rindu, cinta, kecewa dan marah itu tidak Islamik? Semestinya ia juga Islamik kerana Islam adalah agama yg syumul! Soalnya bukan terletak pada tema sesuatu seni itu, tetapi bagaimana kita mengahayati dan menafsirnya. Melalui itulah manusia mengenal hakikat makna dan erti segala sesuatu.

Seni itu tidak ada direct interpretation, maknanya terletak pada individu yg melihatnya. Justeru ia karya dan madah yg hebat, utk melihat apa yg ada disebalik hati manusia. Tafsiran manusia, mencerminkan pemikiran, his school of thought, perasaan dan darjah inteleknya. Seperti apa yg kau lihat pada lukisan seorang wanita bogel? Wanita bogel adalah karya baik sekali utk menilai hati dan jiwa kita, yg mana bila melihatnya syaitan dan kebaikan sudah bertarung dalam jiwa. Jikalau unsur kejahatan dan nafsu yg sebati dgn kita, tentu rangsangan yg jahat tercetus bilamana melihat lukisan ini, tapi jika unsur kebaikan itu harmoni dgn jiwa, sudah tentu kita menilainya dari sudut yg berbeza.

Apapun, seni wanita bogel hanyalah satu contoh, aku tidak suruh utk mendalami dan menghayatinya....hehe. Seni ini sgt menarik utk menilai pemikiran manusia, nilai dan prinsipnya, keupayaannya utk menafsir dan darjah 'ketamadunannya'. Mereka yg buta seni, tidak ubah seperti manusia yg hidup tanpa prinsip dan nilai yg kuat, tipikal mereka yg hidup hanya utk keseronakkan semata-mata...

Penghayatan - Satu realism utk para ahli seni: Bab 5


imagine
Originally uploaded by Mustakimsm
Keimanan memerlukan seni...kerana melalui seni, manusia belajar ilmu mentafsir, apa yg tersurat apa yg tersirat, melihat disebalik apa yg zahir, mancari nikmat dari dlm yg batin, menidakkan kulit, menghayati isi, mencari makna dan erti, pada setiap apa yg tersembunyi, dan tidak diperbodohkan dgn apa jelas di mata, tapi apa yg terselindung dlm hati...hanya melalui seni, manusia menemui keimanan, akur pada satu kuasa supernatural, metafizik yg tak ternampak pada logik akal, tapi jelas keberadaannya pada jiwa yg tahu menghayati....

Keimanan tidak terletak pada ibadat luaran, pada solat, puasa, derma, zikir, tudung, bahasa arab, serban, jubah dan janggut, tapi terletak pada apa niat di hati dan ilmu di dada...niat lahir dari kesedaran yg dalam, prinsip yg jelas, conscience, perlakuan dgn pemahaman terhadap tujuan dan matlamat, dan utk itulah ia perlu diimbangi dgn ilmu, supaya setiap sifat dan tingkah laku adalah manifestasi kepada keseimbangan di antara niat yang betul dan berpadanan dgn fitrah hukum alam...

Fitrah hukum alam adalah ilmu, dipelajari dan dihayati, inductive dan deductive, ilmu tidak hanya perlu dpelajari tetapi perlulah dihayati, barulah manusia keluar dari daerah kebodohan, dihayati maksudnya berlaku kritikal terhadap ilmu, barulah ilmu itu menjadi adil, holistic, mendekatinya dari setiap sudut, supaya jelas timbul kebenaran, kerana sudah lumrah suatu kebenaran, ia terletak pada siapa yg menafsir dan siapa yg menilainya, dan sudah lumrah suatu kebodohan, apabila menerima kebenaran yg sudah dinilai dan ditafsir, dan bukannya kebenaran yg lahir dari tafsiran dan nilaiannya yg sendiri, dari sudut2 yg berbeza, seimbang dan adil. Kebenaran bukan sesuatu yg mudah, benda yang bernilai tidak dtg dengan mudah, ia adalah satu proses, dan kebenaran yg bernilai sifatnya tersembunyi, hanya timbul pada mereka yg layak pada akal dan niat yg betul di hati....

Menilai dan mentafsir kebenaran, adalah suatu proses, kemahiran akal dan hati, dan ia adalah satu proses pembetukkan...menghayati seni selalunya mengajar dan membentuk kemahiran ini, dan ia mengimbangi, antara kebijaksanaan akal, dgn 'maksud' dan 'erti', yg selalunya tidak tertafsir oleh akal yg geliga...kita sudah dibiasakan utk menilai dari apa yg di luar, dan ini sudah mcm menjadi psiki org melayu, merasa seronok dan gah pada nama2 yg glamour, title2 datuk, dr dan tan sri, menilai manusia dari keturunan dan anak datuk mana, memandang manusia dr sudut apa pangkat dan professionnya, yg perempuan begitu sibuk memikirkan bagaimana utk nampak cantik dan membesarkan payu dara, yg lelaki begitu sibuk utk nampak lebih jambu dan berotot-otot, tak perlu otot-otot sgt bro, ko nak bertumbuk dgn sapa....

Dont get me wrong, aku tidak mengatakan salah utk ada semua di atas, tidak salah sama sekali, tapi kita perlu sedar, bahawa semua itu adalah luaran, dan weightagenya pada nilai seorang manusia yg sebenar - adalah sgt sedikit, dan percayalah...nilai seorang manusia, terletak sedalam-dalamnya pada apa yg tersirat di hati, dan ini biasanya tapi tak selalunya dimanifestasikan oleh luarannya, lalu melalui senilah kita boleh menghayati dan menilainya seadilnya...

Seni adalah satu pembebasan, enlightenment utk menemui maksud dan erti, insyaAllah utk hidup dgn seimbang, menikmati apa yg zahir, dan menghargai apa yg batin....

Saturday, February 20, 2010

Penghayatan - Satu realism utk para ahli seni: Bab 4


Jalan lurus
Originally uploaded by Mustakimsm
Bahawasanya aku sgt yakin - segala permasalahan dlm hidup ini buleh diatasi jika kita punya niat yg baik dan punyai hati yg jujur…Apakah makna kejujuran sebenarnya? Maksud jujur ini sgt besar dan sgt mendalam, dan maksudnya itu adalah serumit utk kita terangkan makna khusyuk dlm solat dan menyembah Allah. Jujur maksudnya berlapis2, yg hanya buleh dikupas satu persatu melalui permulaan yg betul – niat yg baik dan seterusnya pengalaman2 hidup selama kita dlm niat yg betul itu. Kejujuran tidak buleh difahami mcm kita faham matematik: 2 + 1 = 3…walhal di mana utk memahaminya adalah seperti melalui satu jalan lurus yg sgt panjang, ya jalannya lurus, mudah, tapi sgt panjang, kerana kita perlu konsisten…begitu jugalah halnya dlm rahsia mencapai makna rasa bertuhan, lurus dan sgt mudah, tapi sgt panjang dan perlu istiqamah…insyaAllah hati akan bertemu dgn tuhannya yg sebenar satu hari nnti…

Kerana jalannya yg sgt panjang, kita akan diuji dgn bermacam2 ujian sepanjang perjalanan itu. Tapi alangkah bodohnya manusia kalau menyangka bahwa ujian itu adalah penghalang – ujian mencapai kejujuran bukanlah seperti ujian peperiksaan akademik, bermcm2 selok belok dan bermcm2 putar belitnya, walhal ujian mencapai kejujuran jawapannya sudah ada dan soalannya sgtlah mudah, soalannya sentiasa – apakah matlamat dan tujuan kamu? Dan jawapannya sentiasa lurus dan mudah – aku menuju tuhan aku yg satu….jalannya lurus dan matlamatnya jelas, tiada selok belok, tiada pertimbangan lain, tiada rasa dan hal2 yg lain, tiada percakapan manusia lain yg perlu dirisaukan, tiada keinginan2 lain, jawapannya hanyalah satu – aku menuju tuhan aku yg satu…

Adalah amat nikmat bila kejujuran sudah dpt dibungkus dlm hati…bila hati sentiasa berada dlm majlis2 beradad bersama tuhan, bila sudah tidak ada kerisauan dan kegelisahan menjalani hidup, kerana sesungguhnya – apa saja pengalaman yg pahit mahupun manis sepanjang perjalanan hidup menuju kejujuran yg abadi ini, jika dimulakan dgn niat yg betul, adalah yg terbaik utk manusia kerana sesungguhnya, tuhan melakukan halNya melalui jln2 yg sgt misteri…

Jadi adakah sgt susah hidup ini dan apakah yg kau cari sebenarnya? Bukankah sungguh indah perasaan itu – perasaan bahawa aku melakukan hal ini kerana niat aku yg suci murni…dan persetanlah segala ckp2 dan pandangan manusia yg lain, kerana aku sgt percaya – segala rezeki, ketentuan nasib, ajal maut, jodoh dan segala2 dlm hidup, adalah dlm genggamanNya…sentiasa tenang dan berbahagialah para hati yg sudah menemui erti kejujuran….

Sunday, February 14, 2010

Penghayatan - Satu realism utk para ahli seni: Bab 3


Yusuf Islam
Originally uploaded by Mustakimsm
Bermain gitar adalah umpama 'bermain' dgn perempuan. Gitar adalah satu instrumen yg halus, rapuh dan sensitif seperti perempuan, satu instrumen yg mempunyai connection dgn hati manusia sepertimana perempuan, satu instrumen yg membuat hati bergetar bilamana kau menyentuhnya, sepertimana 'karan' yg kau rasa bila saja menyentuh tubuh perempuan, ia adalah satu instrumen bernyawa, satu makhluk yg terhormat seperti perempuan, yg hanya layak disentuh oleh mereka2 yg terpilih...

Aku bukanlah seorang yg power sgt main gitar tapi aku buleh kasi tips utk mereka yg ingin memulakan satu destinasi dan dimensi baru alam jiwa, yg mana utk bermain gitar adalah semudah utk jatuh cinta pada seorang perempuan....pertama sekali yg kau perlu adalah 'keinginan' beb, rasa jatuh cinta, rasa jatuh cinta tidak buleh dipaksa2, ia mesti dtg dgn hati yg tulus dan jujur, ko tak buleh start nak main gitar sebab nak tunjuk macho so that ko buleh ngorat awek beb...nescaya ko x dpt connection, x dpt merasakan bahawa ia adalah satu makhluk bernyawa, ko kena mulakannya kerana kau yg inginkannya, kau yg jatuh cinta padanya, kau yg ingin hidup dgnnya, kau yg syok sendiri dgnnya, peduli apa org kata...

Ya syok sendiri...kau kena syok sendiri beb...itulah fasafah pertama utk mendapatkan connection hati dgn gitar, gitar bukan mcm piano, very rigid...gitar ko buleh mainkannya walaupon org lain dgr x sedap, tp ko buleh rasa sgt best sbb ko dh syok sendiri, itu aja yg penting...membuat apa pon dlm hidup ini utk keseronokan diri sendiri, not to please others isnt it? Kalau kau sudah dpt paham erti itu, nescaya langkah2 yg seterusnya menjadi amat mudah bagi kau...

Sebenarnya entry aku ini bukanlah aku nk cakap pasal gitar, tapi aku nak cakap macamana nak ngorat perempuan....hehe. Kerana sesungguhnya aku bersumpah, jika kau mendekati hati seorang perempuan sepertimana kau memulakan langkah utk bermain gitar seperti yg aku sebut di atas, langkah yg seterusnya menjadi amat mudah....kejujuran adalah permulaan utk segalanya beb....insyaAllah seumur hidup kau akan merasakan 'karan' bilamana kau meilhat dan menyentuhnya, kau merasakan tenang bilamana kau 'bermain' dgnnya, kau merasakan 'geram' bilamana kau berjauhannya dgnnya...dan kau akan bahagia selama kau ada dgnnya, kerana dia adalah makhluk yg tidak dimakan usia...dia tetap seperti itu di saat pertama kau 'menyentuh' dan 'bermain' dgnnya....

Hidup ini sebenarnya sgt indah beb....jika kau sudah kenal erti kejujuran.....

Saturday, January 09, 2010

Penghayatan - Suatu realism utk para ahli seni: Bab 2


penghayatan 2
Originally uploaded by Mohd Mustakim Mohamad
Kalau kita mahu menilai kehebatan satu bangsa, kita lihat pada ketinggian seni appresiasi dan penghayatannya pada seni...sayang sekali, seni bukanlah sesuatu yg diminati di Malaysia, org lebih paham perkataan 'shopping' dari perkataan 'seni'. Apakah aktiviti masa lapang org Malaysia pada hujung minggu? aku sudah bertanya pada ramai dan jawapan yg lazim adalah shopping, tgk wayang, lepak dan borak kosong....jarang sekali aku dengar jawapan 'menghayati seni'...hehe.

Kalau ditanya pada aku, antara ahli akdemik pemilik PhD dan seorang ahli seni, siapakah yg lebih hebat, sudah tentu aku akan jawab ahli seni dan aku amat yakin akan kebenaran jawapan itu....org akademik hebat ilmunya, org seni hebat imaginasinya...ilmu boleh diperoleh dari sekolah, dari university, dari buku, dari kajian, tapi imaginasi hanya boleh diperoleh bila tuhan sendiri yg mengizinkannya, lantas turun ilham dari langit utk menghasilkan suatu karya agung....

Imaginasi para ahli seni lahir dari hati yg jujur, kepandaian ahli akademik lahir dari kegigihannya menuntut ilmu, imaginasi ahli seni lahir secara tiba2 tanpa disedari, kepandaian ahli akademik mesti diasah dgn bacaan dan kajian yg byk...imaginasi ahli seni boleh dtg bila tgh rilek2 saja, kepandaian ahli akademik kena dtg dgn usaha dan penat lelah....lantas kesimpulannya ahli seni adalah org2 'terpilih' tuhan, the chosen one, walhal ahli akademik boleh saja dtg dari sesiapa saja yg memilih utk menjadinya...no offense to org akademik, dan ini bukanlah point yg hendak aku bawa...

Point yg hendak aku sentuh adalah, kita mesti mengubah mentaliti kita dalam melihat dunia dan menilai manusia. Kita juga mesti ubah mentaliti dalam menilai erti hidup. Kita kena letakkan taraf kita pada satu level of thinking atau tahap pemikiran yg berbeza dan lebih tinggi. Janganla jadi org yg tau pikir utk shopping atau lepak dan borak2 saja masa weekend, that's my point...unless kita memilih utk selesa pada tahap manusia 'kebanyakan', yg bagi aku tak ada salahnya, cuma tak ada 'kehebatan' pada bangsa yg berada pada tahap ini, yg bila2 masa saja boleh dijajah pemikiran lalu diperbododkan oleh mereka2 yg lebih cerdik/licik...

Sudah semestinya tidak pernah terlambat utk manusia kembali memahami seni penghayatan, kpd mereka2 yg sudah begitu terlanjur dgn keduniaan, tidak pernah terlambat utk kembali ambil gear reverse dan start from the basic, dan bagi mereka yg belum terlanjur, ini cumalah satu cadangan aku yg jujur utk kita mulakan satu kisah hidup dgn lebih 'cultured' dan warna warni...

Penghayatan - Suatu realism utk para ahli seni


penghayatan
Originally uploaded by Mohd Mustakim Mohamad
Sayang sekali manusia kalau sudah hilang seni penghayatan, satu seni appresiasi yg tinggi utk sesebuah karya agung. Semakin tenggelam manusia dan alpa akan kebendaan dan keduniaan yg palsu, semakin jauhlah mereka dari daerah maqam para ahli2 seni yg bersih dan suci hati mereka. Siapakah ahli seni terhebat di dunia ini? Sudah semestinya mereka adalah para nabi dan rasul, dan peneraju agama dan pemikir hebat seperti buddha dan confucius. Mereka menemui tuhan dan maklum akan erti bertuhan melalui penghayatan mereka pada alam ini...

Bukankah tuhan sudah bertanya pada manusia di dlm al-Quran, bahwa tidakkah kita menemui tanda keajaiban pada alam ini utk mencetus rasa rendah diri, lantas akur utk ada rasa bertuhan? Tanda keajaiban, hanya tercapai dan dimengerti, bila manusia berupaya menghayati alam ini melalui seni2nya. Bahkan rasa inign bertuhan itu semakin hebat dan menggelojak, bilamana semakin dalam penghayatan manusia terhadap setiap seni ciptaan tuhan, baik pada misteri kejadian alam, mahupon pada misteri kejadian nasib manusia, qada dan qadar karya tuhan yg maha agung.....

Semakin dalam penghayatan manusia terhadap suatu karya agung, semakin terkejut dia akan betapa bodoh, betapa naif, betapa miskin, betapa lemah, betapa hina, betapa tertipu mereka selama ini....biasalah, sudah hukum alam org yg bodoh selalu tertipu....

Seberapa jauhkan sudah manusia dari seni appresiasi ini? Parimeternya senang saja, semakin susah utk kita menemui ketenangan dalam kehidupan, semakin jauhlah kita dari maqam ahli seni yg mudah saja berbahagia dalam hal2 yg sederhana....Sayang sekali, kita sudah tidak reti bagaimana utk mendapatkan bahagia dari hal2 yg natural, hal2 yg simple, hal2 yg setiap hari kita melaluinya tanpa kita sedari...

Manusia yang mempunyai seni penghayatan yg tinggi, tidak ada ketakutan dlm dirinya terhadap dunia ini. Apa yg hendak ditakutkan? Kerana kebahagian dan ketenangan sudah berada disekelilingya pada setiap detik, unsur ketuhanan sudah menyerap meresap masukcsetiap dimensi zahir dan batin, satu maqam paling tinggi ahli2 seni yg terhebat....

Seni penghayatan ini tidak diajar disekolah, dan dia bukanlah sesuatu yg boleh diajar pon...seni ini datang dari kejujuran hati utk melihat di sebalik hijab, hati yg meronta utk melihat apa yg tersirat, hati yg suci dan bersih utk akur bahawa keseronokan yg paling agung bukanlah pada seronok semata-mata, tapi keseronokan yg paling agung adalah pada ketenangan hati yg abadi pada setiap detik dan waktu...insyaAllah hati akan damai damai saja sampai masanya ia menemui tuhan....

Thursday, October 29, 2009

Bawak2 bertenang


Teh tarik
Originally uploaded by Mohd Mustakim Mohamad
Yang penting dlm hidup ni, adalah hati bahagia beb...di mana letaknya kebahagian? Kalau kita dalam tahap mentaliti manusia biasa, yg bahagia biasanya letak pada harta, tentulah hati slalu resah gelisah pikir tentang harta yg sampai sudah2 x cukup...apa mau bingung? bukankah takdir hidup ini sudah tetap sejak azali dlm perut ibu sebelum beranak lagi? Kalau solid hakikat keyakinan kita pada soal ini, hakikat yg mana Tuhan Maha Kuasa bahwa nasib manusia ini dlm genggamannya sekelip mata boleh berubah, yg setiap jalur hidup kita ini sudah dlm perkiraanNya yg misteri, yg pasti terbaik utk kita, apa mau bingung resah gelisah? take it easy bro, enjoy your life, hari esok masih ada....hehe

Apa mahu bingung? apa buat ko termenung beb? ko pikir apa? tenang2 saja...ko kelam kabut mahu ke mana? itu yg biasa kita nampak kt kl ni...org termenung...monyok pikir apa pon xtaula, bukan x cukup makan pon, org kt Afrika kebulur pon bleh senyum, yg ko monyok blues sgt ni apehal?hehe....org kelam kabut mcm hari nk kiamat, tenang2 saja, cuba bawak berzikir sket bro...hehe

Hati manusia kalau sudah x tenang maksudnya dia sudah lari dari lumrah sebagai makhluk paling mulia ciptaan tuhan...manusia ini dia ada nafsu, ada akal, yg mana kemuliaan di sisi tuhan adalah bilamana bukan nafsu bahkan bukan akal yg paling atas, tapi bila ketenangan itu yg paling atas....manusia cerdik dan pintar, akan sampai satu tahap paling pintar yg mana dia sedar bahwa kepintarannya bukanlah segalanya...sebab itu bukanlah akal yg mengatasi nafsu, tapi hati yg damai sudah dapat ilham dari tuhan utk genggam dan bungkus ketenangan itu dalam jiwa...bilamana mata hati sudah celik...

Hati manusia asalnya tenang, kita sudah dibiasakan dgn ketenangan sejak dlm perut ibu lagi, sudah menjadi lumrah hati itu tenang, ia hanya jadi ribut bila keinginannya merimbun...itu saja masalahnya dgn hati yg resah gelisah...buddha lagi syok, terus tinggal semua utk menghilangkan keinginan..sampai kepala cukur botak so that xdak keinginan utk ada remos utk nmpak hensem sket mcm aku, hehe aku tambah saja, aku pon xtau kenapa sami buddha ni botak, aku rasa tula sebabnya...hehe...tahan sket nafsu tu beb, bawak2 bertenang....

Hati yg tenang damai ni formulanya senang saja beb...lebih byk memberi dari meminta...insyaAllah ko akan mati dalam iman....jgnla terikut2 sgt rentak org lain...hanya org bodoh yg menjalani hidup ni ikut standard org lain...ko ada otak, ada akal, ada hati budi, pakaila beb...xkan selamanya nak hidup mcm lembu ikut arus perdana kena cocok hidung just go with the flow...ko tu bukan robot beb....jgn peduli sgt apa org kata...mengharapkan kemuliaan di sisi manusia pasti menjauhkan kemuliaaan di sisi tuhan, ko hidup kt dunia ni skejap saja beb...apalah nk harapkan sgt org muliakan ko....peduli apa org kata beb....yg penting hati bahagia....hehe

Bahawasanya sekali lagi aku bersumpah, bahwa ketenangan itu dtg dari iman...sumpah aku x bohong beb....

Saturday, October 03, 2009

Jika kau hilang



Mendengar lagu ini memberi aku ilham utk berfikir dan sedar bahwa -

Jika kau hilang harta, kau hilang rasa syukur
jika kau hilang teman, kau hilang rasa seronok
jika kau hilang kekasih, kau hilang rasa bahagia
jika kau hilang rasa ingin bertuhan, kau hilang segalanya...

Thursday, September 17, 2009

Happy 3rd Anniversary



Aku teringat, semasa sesi temuduga PwC, aku ditanya mengenai 'What is your greatest achievement?'. Jawapan aku adalah - To get married.

Selamat ulang tahun ketiga perkahwinan kpd isteri yg paling aku cintai, yg berjaya menjatuhkan ego aku, membuat aku menjadi insan yg lebih baik, membuat aku percaya kpd cinta sejati...

16 September 2009, genap 3 tahun, dan kebetulan sama dgn hari Malaysia, aku melihat dimensi hidup yg baru...dan lagu Kasidah Cinta ni mengingatkan aku pada kolej, tempat aku bertemu Zaza, lagu2 Dewa yg sering aku mainkan dgn gitar pd masa tu, yg terus menyebabkan aku tinggalkan lagu2 rock 'keras', yg menyebabkan aku terus menjadi jiwang...hehe

Mencintaimu, adalah pencapaian terbaik dalam hidup...