Saturday, February 20, 2010

Penghayatan - Satu realism utk para ahli seni: Bab 4


Jalan lurus
Originally uploaded by Mustakimsm
Bahawasanya aku sgt yakin - segala permasalahan dlm hidup ini buleh diatasi jika kita punya niat yg baik dan punyai hati yg jujur…Apakah makna kejujuran sebenarnya? Maksud jujur ini sgt besar dan sgt mendalam, dan maksudnya itu adalah serumit utk kita terangkan makna khusyuk dlm solat dan menyembah Allah. Jujur maksudnya berlapis2, yg hanya buleh dikupas satu persatu melalui permulaan yg betul – niat yg baik dan seterusnya pengalaman2 hidup selama kita dlm niat yg betul itu. Kejujuran tidak buleh difahami mcm kita faham matematik: 2 + 1 = 3…walhal di mana utk memahaminya adalah seperti melalui satu jalan lurus yg sgt panjang, ya jalannya lurus, mudah, tapi sgt panjang, kerana kita perlu konsisten…begitu jugalah halnya dlm rahsia mencapai makna rasa bertuhan, lurus dan sgt mudah, tapi sgt panjang dan perlu istiqamah…insyaAllah hati akan bertemu dgn tuhannya yg sebenar satu hari nnti…

Kerana jalannya yg sgt panjang, kita akan diuji dgn bermacam2 ujian sepanjang perjalanan itu. Tapi alangkah bodohnya manusia kalau menyangka bahwa ujian itu adalah penghalang – ujian mencapai kejujuran bukanlah seperti ujian peperiksaan akademik, bermcm2 selok belok dan bermcm2 putar belitnya, walhal ujian mencapai kejujuran jawapannya sudah ada dan soalannya sgtlah mudah, soalannya sentiasa – apakah matlamat dan tujuan kamu? Dan jawapannya sentiasa lurus dan mudah – aku menuju tuhan aku yg satu….jalannya lurus dan matlamatnya jelas, tiada selok belok, tiada pertimbangan lain, tiada rasa dan hal2 yg lain, tiada percakapan manusia lain yg perlu dirisaukan, tiada keinginan2 lain, jawapannya hanyalah satu – aku menuju tuhan aku yg satu…

Adalah amat nikmat bila kejujuran sudah dpt dibungkus dlm hati…bila hati sentiasa berada dlm majlis2 beradad bersama tuhan, bila sudah tidak ada kerisauan dan kegelisahan menjalani hidup, kerana sesungguhnya – apa saja pengalaman yg pahit mahupun manis sepanjang perjalanan hidup menuju kejujuran yg abadi ini, jika dimulakan dgn niat yg betul, adalah yg terbaik utk manusia kerana sesungguhnya, tuhan melakukan halNya melalui jln2 yg sgt misteri…

Jadi adakah sgt susah hidup ini dan apakah yg kau cari sebenarnya? Bukankah sungguh indah perasaan itu – perasaan bahawa aku melakukan hal ini kerana niat aku yg suci murni…dan persetanlah segala ckp2 dan pandangan manusia yg lain, kerana aku sgt percaya – segala rezeki, ketentuan nasib, ajal maut, jodoh dan segala2 dlm hidup, adalah dlm genggamanNya…sentiasa tenang dan berbahagialah para hati yg sudah menemui erti kejujuran….

4 Comments:

Blogger NurulNasir said...

bagaimana apabila kita telah mengetahui nikmat jujur itu tapi tidak orang lain?
bagaimana merasakan hidup ini mudah bila org disekeliling masih menangis dlm cinta yg buta?

sekadar meluah perasaan....THX~!

6:29 PM  
Blogger zul said...

aku selalu goyang laa mus.
ari nih ingat , besok lupa.

3:41 AM  
Blogger zul said...

lama ko menghilang? tertunggu-tunggu entry terbaru ko..

p/s-bila baca entry lama ko...memang ade roh...hehehehe..(jangan jadi macam aku selalu 'goyang')

4:25 AM  
Blogger childrenofheaven said...

salam
bro,apasal lama tarak update blog?
buah fikiran bro amat bergeliga utk pedoman masa depan cheewah

1:07 PM  

Post a Comment

<< Home